BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 27 Februari 2009

Usah Berlebihan dalam Berhibur

Hati yang lalai, banyak ketawa dan berhibur, membuatkan aku lupa kepadaNya, lupa kepada matlamat ku. Tak salah berhibur, tapi biarlah kena caranya. Usah berlebihan.

Apa maksud berlebihan? Macam ni lah, sampai lupa matlamat hidup, lalai, dan hati cuma mengikut nafsu, mencari hiburan. Ingat mati? Jauh sekali. Sedangkan kalau tak macam ni pun kurang sekali ingat mati, boleh jadi tak ingat langsung.

Jadi, bagi setiap orang, berhibur lebih-lebih ni maksudnya berbeza. Bagi saya batasnya ialah, bila sudah hilang tekanan dalam jiwa, atau pun sebelum hati kehilangan minat nak mencari kebaikan, bila terdetik memilih yang lagha berbanding yang baik, maka periksalah, mungkin kita terlebih berhibur.

Apa yang saya cakap ni ialah futur. Saya tak arif mengikut takrifannya yang sebenar. Apa yang saya tulis hanya dari pengalaman. Jadi maafkanlah kalau apa yang saya tulis ni tak ilmiah.

0 ulasan: