BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 21 Mac 2009

Jangan Bersedih - Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Photobucket


Kalau ada kawan yang boleh tenangkan kita di waktu kita susah hati memanglah bagus, tapi kalau tak ada buku Jangan Bersedih atau La Tahzan ni insya Allah boleh memberi sedikit kesedaran kepada kita bila kita di dalam kesedihan.

"Jangan Berdukacita, Sentiasalah Mengingati Allah" antara tajuk artikel pendek dalam buku ni. Artikel-artikel Dr 'Aidh Abdullah banyak dipenuhi dengan ayat-ayat al-Qur'an, hadis-hadis dan juga madah-madah pujangga. Insya Allah dengan petunjukNya kita boleh nampak apa yang kita tak boleh nampak sebelum ni bila kita di dalam keadaan bersedih.

Untuk aku, aku bersedih kerana selalu ditinggalkan kawan. Tak mahu bercakap dengan aku lagi. Apa boleh buat. Sama ada kawan tempat aku bercerita masalah aku ataupun kawan tempat aku bersembang suka dengannya. Dua-duanya tak nak bercakap dengan aku lagi... bila aku tunjukkan siapa diri aku yang sebenarnya. Bila aku lebih jadi diri sendiri bersama mereka. Selain tu, aku mengalami masalah memahami perasaan orang dan juga tak faham apa itu cinta dan kasih sayang. Cinta pada keluarga, tak hadir dalam diriku. Aku bagaikan keseorangan di dunia ni... Tak ada siapa yang faham. Itulah kesedihanku.

Bila aku terkenangkan semua ni, aku capai buku ni. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmatnya kepadaku melalui buku ni. Kesedihan yang timbul digantikan semangat mencari kebahagiaan.

p/s: Bahagian yang pasal masalah aku ni mungkin aku delete kot lepas ni...

Khamis, 19 Mac 2009

Jejak - Izzatul Islam


:: Jejak :: - Izzatul Islam


menapaki langkah langkah berduri
menyusuri rawa lembah dan hutan
berjalan di antara tebing curam
semua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
karena perjalanan masih panjang

kami adalah tentara Allah
siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

wahai tentara Alloh bertahanlah
jangan menangis walau jasadmu terluka
sebelum engkau bergelar SYUHADA
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah

Audio uploaded by Ery Pamungkas

Rabu, 18 Mac 2009

I am a Muslim - Zain Bhikha



I am Muslim. Nice song

Aku selalu tertanya kepada diri sendiri, kenapa aku selalu rasa jemu beribadat. Biar pun aku cuba halau perasaan tu, tapi tak berhasil. Alhamdulillah aku terjumpa jawapannya hari ni. Sebab utamanya aku masih tak yakin atas apa yang aku pelajari. Yakin, ya, yakin memang selalu tak wujud dalam diriku. Semua benda aku lalui dengan sikap "tengoklah dulu". Biar apa pun, itulah sikap aku. Kesannya ialah sampai sekarang aku masih tak pasti apakah yang ada dalam hati aku.

Oh, Allah. Ini sangat bermakna. Ini juga jawapan kepada keraguan aku. Aku sentiasa hidup dalam ragu-ragu. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Oh, Allah.

Sabtu, 14 Mac 2009

Zaman Muslim Bukan Islam

2009 : Zaman Di Mana Muslim Tidak Sama Dengan Islam
www.iluvislam.com
Ummu Hurairah

editor : IskethaykaL

“Nasib baiklah saya jumpa Islam dulu sebelum saya jumpa Muslim.”

Apa perasaan anda apabila membaca bait-bait kata di atas?

Pelik?
Tidak faham?
Ataupun tiada komen?




Sebenarnya kata-kata ini harus diambil berat oleh setiap insan yang mengaku dirinya sebagai seorang Muslim.

Tahukah anda siapakah yang mengucapkan kata-kata sedemikian? Bukan pakcik jiran sebelah rumah, bukan juga makcik jual nasi lemak depan rumah tetapi wahai sahabat-sahabat sekalian ialah saudara kita sendiri. Ya, saudara kita sendiri. Bukan adik atau abang kita, bukan juga sepupu akan tetapi saudara yang ikatannya jauh, jauh lebih kuat daripada pertalian darah. Saudara baru kita semua.

Tetapi kenapa? Kenapa saudara baru kita yang telah kembali kepada Allah Ar-Rafiqul A’la berkata sedemikian? Adakah Islam itu menyusahkan baginya? Menyeksakan baginya? Menyedihkan jiwanya? Bahkan tidak! Sekali-kali tidak. Jika tidak masakan beliau tertarik dengan keindahan, kecantikan Islam itu sendiri. Namun yang telah menyeksa batinnya ialah mereka yang mengakui diri sebagai Muslim!



Kata-kata ini saya dengar daripada seorang Muslim yang lain, yang mana jiwanya pasti luluh sebaik sahaja mendengarnya, sepertimana sama luluhnya jiwaku tatkala mendengarnya. Beliau memilih Islam daripada banyak lagi agama di Malaysia ini. Namun semakin lama beliau merasakan semakin tidak senang dengan agama barunya itu. Dalam erti kata yang lain Islam itu susah. Pelik pula, bukankah Islam itu agama yang memudahkan umatnya? Subahanalllah, sememangnya Islam itu mudah, tetapi yang telah membuat Islam kelihatan susah adalah umatnya sendiri! Bayangkanlah sahabat-sahabatku sekalian, apa perasaan kita semua kalau kita disisihkan dalam suatu kelas mengaji semata-mata kita ini saudara baru? Hanya kerana bergelar “muallaf”? Salahkah muallaf itu? Berdosakah dia? Jahat sangatkah dia? Salahkah dia kerana cuba mengenal Allah dan Rasul-Nya?

Wahai sahabat-sahabat sekalian! Wajarkah saudara kita sendiri disisihkan? Dipinggirkan? Dipandang sepi? Seolah-olah dia itu tunggul yang tidak bernyawa? Seolah-olah dia itu dinding? Sedangkan orang kemaruk bercinta pun bercakap dengan dinding, tatkala tidak tertahan rasa rindu pada kekasihnya, inikan pula saudara kita yang bernyawa, memiliki hati dan perasaan kita sisihkan?

Wahai Nabi, maafkanlah kami, umatmu ini...
Ya Ghafurur Rahim, ampunilah kami. Kami telah gagal, gagal dalam
meneruskan risalah-Mu yang benar.



Dalam satu kisah lain, saya terbaca kisah kedukaan hati saudara kita yang lain, namanya kalau tidak silap Anas Phoon Abdullah. Beliau hanyalah satu daripada jutaan saudara kita yang menderita akibat cemuhan masyarakat terhadapnya. Kerana apa? Kerana satu tatu warisan di tangannya. Tatu itu dibuat sewaktu dia masih kecil kerana itu merupakan tradisi di dalam keluarganya, sebelum Allah membukakan hatinya untuk menerima Islam. Anas pastinya begitu bersemangat untuk mendalami Islam. Namun, niatnya yang murni itu dilemparkan semula ke mukanya. Yang paling menyedihkan ialah Anas dicemuh oleh umat Islam sendiri. Anas menanggung luka di hatinya sendirian, yang hanya Yang Maha Esa sahaja yang tahu betapa parah lukanya. Sehinggalah, pada 30 Januari yang lalu, Anas bertindak mengelar tangannya berkali-kali dengan pisau cukur untuk membuang tatunya. Mujurlah Anas sempat diselamatkan oleh sahabat baiknya sebelum dia kehilangan darah yang lebih banyak.

Begitulah, saudara-saudaraku sekalian. Ini hanyalah sekadar pandangan dan luahan hati yang telah lama terpendam. Persoalannya di sini, di manakah salahnya?

Marilah kita sama-sama muhasabah diri masing-masing dan memperbaiki kelemahan diri yang ada, menunjukkan contoh tauladan yang baik agar bani Adam yang lain, terbuka hati mereka untuk pulang, pulang sebelum terlambat. Jangan biarkan kedengaran lagi bait-bait kata ini,

“Nasib baiklah saya jumpa Islam dulu sebelum saya jumpa Muslim”

Wallahu’alam.


Play by FoxSaver®
Play by FoxSaver®
Play by FoxSaver®
Play by FoxSaver®

Diambil dari iLuvIslam.com

Sedarlah, kita tak habis-habis menuntut yang berkuasa, yang berpengaruh, yang berdakwah melakukan yang sepatutnya pada pandangan kita, tapi diri sendiri pula dilupakan. Tengoklah ke dalam diri sendiri dulu, di manakah tahap kita, solat pun masih tertangguh-tangguh, macam mana dengan amalan lain, muamalat dengan manusia? Tegakkanlah Islam dalam diri kita dulu, sebelum kita menuntut orang lain melakukan yang sepatutnya.

p/s: Lihatlah ke dalam Dirimu, Duhai Muslim

Rabu, 11 Mac 2009

Unix Linux : Ubuntu Muslim Edition



Assalamualaikum. Exam Linux ni dah nak dekat. Hari Rabu nanti. Banyak juga yang nak diulangkaji nih. Ha, ni subjek elektif ni. Menarik la jugak guna Linux ni, ada pengalaman baru dan kita boleh sesuka hati ja nak pakai version yang mana pun. Semuanya boleh didapati dalam versi yang paling baru. Bukan macam Windows, ada satu ja versi yang paling baru, contohnya sekarang ni Windows Vista.

Tapi yang belajar dalam kuliah Linux ni bukannya cara-cara guna Linux secara grafiknya macam mana kita guna Windows, banyak yang diajar adalah cara-cara nak guna kommand-kommand dalam dia punya shell. Ada belajar sistem data dia, nak buat shell script dan Taurina.

Jadi dalam usaha nak buat latihan dia kenalah install salah satu distro dia, inilah dia Ubuntu Muslim Edition. Ngah ngah, tak explore sangat pun lagi apa yang ada dalam tu sebab sibuk dok buat latihan dia yang tak ada kaitan sangat dengan versi distro yang kita guna. Setakat sekarang tak ada apa yang impresif pun pasal distro nih, mungkin juga mewakili Linux secara keseluruhan, ya lah apalah yang nak diharapkan sangat daripada OS selain daripada grafik. Tak harap sangat pun grafik dan efek-efek yang meletup-letup.

Tapi macam mana pun, terima kasih untuk sahabat-sahabat kita yang buat distro Muslim Edition ni, ada inisiatif. Bila baca kat situ, dia design dia punya environment OS ni (wallpaper, screensaver, software) supaya menepati kehendak kita sebagai seorang Muslim. Semoga banyak lagi usaha seperti ni yang akan dilakukan. Wallahu'alam

Lihatlah ke dalam Dirimu, Duhai Muslim

Allah Knows - Zain Bhikha



Lyrics:

ALLAH KNOWS

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
.
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)

BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows.

Clip and Lyrics by missionpeace on YouTube

Hatiku Sebesar Cawan

Hatiku Sebesar Cawan
www.iluvislam.com
akrimimathwa
Editor : arisHa27

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.




Diambil dari iLuvIslam.com

Semoga kita semua dapat lapangkan dada kita, tabah menghadapi cabaran, setiap orang ada masalah hidupnya sendiri, usah anggap nasib orang lebih baik dari kita... mmmmhhh.... nasihat untuk diri sendiri....

Isnin, 9 Mac 2009

Adakah Kau Lupa - Alarm Me



clip uploaded by hiday in YouTube

Rabu, 4 Mac 2009

Gaming Syndrome



Diambil dari SeniKehidupan.com