Ketiadaan identiti menyukarkan diri aku sendiri untuk menilai business apa yang aku nak buat. Banyak benda yang aku tak pasti, dan aku sendiri tak tahu apa yang berlaku di Malaysia, apa peluang yang ada di sana.Mahu tak mahu, aku kena settlekan dulu masalah identiti aku ni. Yang tu, aku pun tak tahu macam mana nak buat. Mungkin kena jumpa doktor betul. mungkin kena jumpa ustaz.
Ada persoalan business yang macam mana hendak aku pilih dan aku lakukan. Tapi, aku ragu-ragu dengan apa yang aku senaraikan. Ada 11 idea business yang aku catatkan. Untuk 11 idea ni, aku kena senaraikan pula faktor mana yang penting untuk aku. Di sini masalahnya. Aku rasa macam banyak sangat faktor yang aku pentingkan. Dan aku takut aku terlebih mengharap. Dana ku tak tahu banyak mana adalah cukup dan tidak terlebih. Itu satu ciri dalaman yang masih kurang dalam diri aku. Aku masih percaya aku boleh lakukan apa saja benda asalkan aku belajar dan nampak. Nampak bermakna aku tahu bahawa ia boleh dilakukan. Dan dari situ aku akan cuba cari cara untuk lakukannya. Contohnya di Jerman ni, aku namapk apa yagn dimaksudkan dengan negara maju dan aku rasa aku boleh buat. Tidaklah aku kata aku boleh majukan Malaysia sebagaimana erman, tapi, apa yang aku rasa ialah aku sekurang-kurangnya boleh menggerakkanya ke arah tu.
Mungkin itulah dunia aku yang aku perasan selama ni. Entah apa yang aku perlu lakukan untuk pecahkan tembok ni. Tembok dunia aku ni. Itulah yang aku dok kaji sekarang ni dengan cara reverse. Aku masih belajar. Aku masih sangat mentah. Sangat tak faham pasal dunia ni. Sebaliknya, aku hidup dalam dunia aku selama ni.
Hari tu, aku terfikirkan satu benda yang tak kena dengan apa yanga ku buat. Aku meningkatkan tahap observativeness aku untuk mempercepatkan pembelajaran aku mengenai dunia ni. Yup, itulah yang aku laukan. Itulah salah satu perkara yang patut aku hentikan. Sememangnya tahap observativeness aku dah tinggi dah sebelum tu, dan selepas aku tingkatkannya, aku seperti kehilangan personaliti aku. Aku menjadi seorang yang selalu melihat keliling dan hilang kewujudan. Aku pun tak tahu apa yang berlaku lepas tu. Mungkin aku pun tak ingat lagi perbuatan aku tu dan hanya menjadi tabiat aku untuk sentiasa melihat sekeliling dan tak wujud. baru-baru ni, semacam datang balik perasaan yang aku ada suatu waktu dulu. Perasaan yakin dan biasa dengan sekeliling aku. Atau pun "sesuaian diri". Tah, aku pun tak pasti. Tapi, baru dua tiga mniggu lepas benda tu terjadi. lepas mingu ni ada juga macam terjadi sekali. Aku harap benda tu boleh berlaku lebih kerap lagi. Biarlah ia datang secara semula jadi. Aku tahu apa yang dimaksudkan dengan berusaha untuk aku. Selalu saja ada benda tak kena.
kalau boleh,a ku pun nak jumpa doktor, tapi, banyak sangat faktor yang buatkan aku malas nak jumpa doktor. Salah satunya ialah aku macam rasa malas sangat nak cerita panjang lebar. Aku cuma rasakan pasti aku akan kena terang panjang lebar sebab aku dah banyak mengkaji diri sendiri dan di situ akan timbul kesukaran utnuk aku berbahasa secara orang yang bermasalah. kerana aku, dalam diri aku, macam terasa aku boleh atasi benda ni seorangan dan itu adalah salah satu enjoyness dalam hidup aku untuk dapat selesaikan misteri diri ini. Aku masih tak dapat sense hidup bahagia ni. Hidup sihat dan berkasih sayang. Macam tak ada dalam sifat semulaadi aku.
