"Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami" (HR Muttafaq ‘alaih)
5. Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan, dari Anas ra bahwa adalah Nabi Muhammad SAW jika berbicara maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)
6. Menghindari mengucapkan yang bathil, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
7. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi) dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)
Ahad, 26 Oktober 2008
Adab Berbicara, Berdebat dan Memberi Pendapat II
Khamis, 23 Oktober 2008
Adab Berbicara, Berdebat dan Memberi Pendapat I
Assalamualaikum wbt. Satu artikel sangat sesuai untuk diri ini. Memandangkan artikel ni ditulis dalam bentuk point-point, jadi post sikit-sikit lah, nak bagi hadam satu-satu.
Artikel mula____________________________________
Adab Berbicara, Berdebat dan Memberi Pendapat
www.iluvislam.com
busyralana
Editor: lailatulema
ADAB BERBICARA
1. Semua perbicaraan harus kebaikan, dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)
2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah ra:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)
3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
_____________________________________________________
Artikel bersambung....
Bila dilihat ke dalam diri ni, selalu ja perbicaraan yang dimulakan tidak jelas, dan kadang-kadang tidak benar. Sampaikan diri ni pun tak pasti tujuan perbicaraan tu adalah demi kebaikan... Juga aku suka memanjang-manjangkan perbicaraan selagi tak tercapai matlamat.... isk... isk... isk....
Sabtu, 11 Oktober 2008
Pembancuh Simen dan Pemandu Lori
sekali baca, wah best juga. hehe. bagus, bagus. alhamdulillah, memang dah berhenti mengkritik melainkan untuk bertukar pendapat. wallahu'alam, minta benarlah pernilaian ni. ya lah, tahu lah, kita pun tak buat pun lagi apa yang kita kritik tu. jadi, macam tak ada hak unutk kritik...
Artikel mula_______________________
www.iluvislam.com
Rushdina Sofia Abdul Rashid*
Editor:NuurZaffan
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." - 16 : 125.
Lalu dijawab oleh seorang hamba Allah yang lain, "Permasalahan umat memang sentiasa tak selesai, sebab tu wahyu diturunkan. Selepas wafatnya Rasulullah, masalah tetap timbul hingga Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah. Omar dibunuh, Osman dan Ali dibunuh itu menunjukkan masalah ummat memang tiada penghujungnya, maka dakwah kepada SEMUA perlu dibicarakan."
Dan ada juga hamba Allah yang lain turut menambah, "Islam itu meliputi semua, bukan setakat masalah dengan dadah dan zina je. Jika kamu rasa masalah ini perlu diatasi, dan jika kamu rasa ada tanggungjawab, bantu mereka sekali, bukan kerja mengutuk sahaja."
Saya tak nak mengulas panjang cuma saya tertarik dengan dua personaliti yang cukup berbeza ini. Saya teringat beberapa orang yang saya selalu jumpa di mana-mana, yang lebih suka mencari keburukan daripada kebaikan. Maksud saya, mereka seringkali melaung-laungkan tentang masalah perpecahan ummah, mengapa golongan itu begitu, mengapa golongan ini begini, mengapa perlu bepecah, mengapa perlu bergaduh dan sebagainya.
Saya hormat dengan concern mereka tentang masalah ummah, betapa menunjukkan mereka masih ingin melihat Islam tertegak di bumi Allah. Tetapi saya kurang faham mengapa mereka begitu semangat voice out pandangan mereka sedangkan mereka tidak lakukan apa-apa pun untuk mengatasi masalah ummah yang mereka laungkan itu. Sedang ilmuan-ilmuan Islam, para mujahidin, dan semua golongan ansorullah yang dikatakan ‘berpecah' itu bertungkus lumus menegakkan Islam, mereka hanya goyang kaki tidak melakukan apa-apa.
Bagi saya lah, mengapa kita perlu mempersoalkan tentang permasalahan ummah yang sememangya sudah wujud sejak zaman Rasulullah lagi? Bukankah titik persamaan antara golongan yang ‘berpecah' itu jauh lebih banyak daripada perbezaan? Bukankah setiap benda yang berlaku di atas muka bumi ini sebenarnya adalah kerana Allah lebih mengetahui tentang kebaikan di sebaliknya? Kalaupun tidak dapat nampak titik persamaan itu, sekurang-kurangnya tidak perlulah terlalu lantang memperkatakan tentang masalah ummah jika terus berniat untuk duduk bersimpuh sambil tersenyum dan tidak mengambil ‘action‘ yang releven.
Lapangkanlah dada wahai sahabat. Kalau kau tidak mampu dan tidak mahu menjadi ‘contractor' atau ‘engineer' yang pecah kepala memikirkan tentang struktur kekuatan KLCC atau ‘architect' yang sibuk melukis pelan KLCC, cukuplah kalau kau jadi orang yang membancuh simen atau driver lori yang membawa muatan pasir dan batu bata. Kerana itu jauh lebih mulia daripada kau menghakis tapak pembinaan daripada bawah yang lebih merumitkan keadaan dan mungkin akan merobohkan KLCC.
Memang. Memang ummat Islam kian lumpuh. Memang ummat Islam ditindas. Mengapa Allah membiarkan kita begini? Mengapa Allah mengtakdirkan kita dilayan sebegini? Mengapa Allah meruntuhkan empayar Islam yang hebat suatu ketika dahulu? Bukankah Allah boleh sahaja mematikan Bush dalam kemalangan jalan raya? Bukankah Allah boleh sahaja melumpuhkan kekuatan Israel dan konco-konconya? Tetapi mengapa Islam masih begini?
Jawapannya, pergi depan cermin, dan tanya pada diri anda sendiri.
Ya Awwal ...Ya Akhir...Ya Muqaddim...
Kami ingin berjumpa dengan para nabi dan rasul
Para malaikat dan bidadari
Dan berjumpa dengan Engkau Ya Allah
Inilah cita-cita kami
Inilah keinginan kami yang membara....
Artikel habis_______________________
