BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 25 Disember 2008

Islam - Empire of Faith



Dah lama nak embed playlist dari YouTube kat sini, tapi tak terbuat-buat. Ini ada satu video nak kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Brother Ace1875 yang upload kat YouTube. Untuk beli DVD dia pegi kat link ni (tolong copy dari brother Ace1875 ni ja)

Nanti dah habis satu video dia akan automatik play video seterusnya, jadi tak payah buat apa-apa bila video tu habis. terus tengok ja... Hehe. Selamat menonton

p/s: Lihat ke dalam Dirimu, Duhai Muslim...

Ahad, 21 Disember 2008

Apakah Jalan Menuju ke Arah Ketakwaan?

Memadailah bagi kami untuk mengungkapkan beberapa jalan yang paling penting dalam membersih dan menyuburkan takwa serta memperteguhkannya di dalam hati dan jiwa para mukmin. Di samping itu mereka dapat menguasainya di dalam perasaan dan kesedaran mereka. Semoga para pendakwah akann berjalan di jalan ketakwaan dan menimba segala kebaikannya:

1. Perjanjian (Mu'ahadah)
Asasnya terkandung dalam firman Allah di dalam surah An-Nahl:

"Dan tepatatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah) sedang kamu telah menjadikan Allah ssebagai penjamin kebaikan kamu sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan." (An-Nahl; 91)

Kaifiat cara) perjanjian: Sesorang mukmin itu mengasignkan dirinya (berkhalwat) di suatu tempat di mana (wujud di situ) hanya ia dan Rabb sahaja lalu ia berkata: "Sesungguhnya engkau wahai diri telah memberikan kesetiaan (perjanjian) kepada Allah di beberapa detik perhentian harimu, pada detik tersebut engkau berdiri di hadapan Allah s.w.t, serta membisikakan kepada-Nya di dalam bahasa Arab yang nyata.

"Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka itu, bukannya (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Al-Fatihah)

Tidakkah wahai diri! Di dalam munajat engkau itu terdapat suatu ikrar darupada engkau:

"Bahawasanya engkau tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah, tidak engkau memohon pertolongan melainkan dari-Nya, dan bahawasanya engkau akan tetap beriltizam di atas jalan-Nya yang lurus dan tidak ada padanya sebarang kebengkokan (jalan yang lurus). Itulah jalan islam, seterusnya engkau telah berikrar tidak akan melampaui batasan jalan-jalan mereka yang sesat dan dimurkai Allah yang mana mereka ini merupakan penganut agama serta ideologi yang lain (daripada Islam)."

Apabila sebegini keadaannya beringatlah wahai diri! Engkau tidak akan mencabuli perjanjian setelah engkau menjadikan Allah sebagai saksi atas ikrar engkau. Awaslah engkau daripada melencong dari jalan yang telah digariskan oleh Islam serta mengikuti jalan golongan-golongan yang sesat dan menyesatkan setelah engkau menjadikan Allah sebagai saksi.

Seterusnya awaslah wahai diri dari kekufuran setelah keimanan, daripada kesesaran serelah (mendapat) petunjuk dan awaslah daripada kefasikan setelah beriltizam. Barangsiapa yang membatalkan (mencabuli) perjanjiannya, maka sesungguhnya akibat pembatalan itu hanyalah tertanggung ke atas dirinya, juga barangsiapa yang sesat, maka sesunguhnya akibat kesesatan itu hanya akan ditanggung oleh dirinya sahaja. Bahkan seseorang yang melakukan dosa hanya memikul dosanya sahaja dan tidaklah Kami (Allah) mengazab sesiapa pun sebelum Kami mengutus seorang Rasul untuk menerangi yang benar dan yang batil.

Pada penilaianku, saudaraku pendakwah! Sesungguhnya engkau apabila mensyaratkan (menetapkan) dirimu untuk terus tetap beriltizam di aras janji yang telah engkau meterai sehari semalam lebih dari tujuh belas kali, kemudiannya engkau memikulnya dengan penuh persetiaan dan pelaksanaan malah sesungguhnya engkau tidak syak lagi sedikit demi sedikit maju ke arah ketakwaan, berjalan engkau di jalan kerohanian dan sampai engkau ke suatu lingkungan perhentian di tingkatan para muttaqin yang dilimpahi kebajikan.

2. Muraqabah
Asasnya terkandung dalam firman Allah di dalam surah As-Syu’ara:

“(Allah) Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan) sembahyang dan (melihat) gerak gerimu di antara orang-orang yang sujud.” (as-Syu’ara: 218 -219)

Nabi ketika ditanya mengenai “Ihsan”:

“Bahawasanya engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, maka jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau.”
(Hadis riwayat Muslim)

Pengertian muraqabah sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Al-Hadis ialah menghadirkan (merasakan) kebesaran Allah di setiap waktu dan keadaan seterusnya mendampingi kepada-Nya diketika tersembunyi ataupun secara terang-terangan.

Kaifiat (cara) muraqabah: Iaitu seorang mukmin mengamati dirinya sebelum beliau memulakan pekerjaan dan di pertengahan amalnya. Apakah gerakannya dalam mengerjakan amal ketaatan itu semata-mata untuk kepentingan dirinya atau mencari puji-pujian dan kemasyhuran nama, atau apakah geraknya untuk beramal itu semata-mata untuk mencari keredaan Allah dan kurnia balasan-Nya.

Sekiranya amalan yang hendak dilakukannya itu adalah semata-mata kerana Allah, ia akan terus melakukannya. Tetapi sekiranya amalan tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan hawa nafsunya, ia tidak akan melakukannya. Seterusnya beliau memperteguhkan niat dan keazaman bahawa ia hanya melakukan sesuatu ketaatan pada setinggi-tinggi tingkat keikhlasan, kesungguhan dan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah s.w.t.

Demi kehidupanku, inilah dia keikhlasan yang sebenarnya, kesungguhan yang sejati dan pembebasan yang menyeluruh daripada kegelinciran ke lembah kemunafikan dan keriakan. Al Imam Hassan Al-Basri telah berkata: “Allah merahmati seorang hamba yang melakukan sesuatu berdasarkan niatnya, sekiranya (niat tersebut) semata-mata kerana Allah ia akan melakukan hal tersebut, akan tetapi sekiranya untuk selain daripada Allah ia akan meninggalkannya.”

Terdapat beberapa jenis muraqabah kepada Allah: “Muraqabah kepada-Nya ketika melakukan ketaatan ialah dengan melakukan amal tersebut, dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan, muraqabah kepadanya dalam meninggalkan perkara maksiat ialah dengan taubat, penyesalan dan terus meninggalkannya, muraqabah kepada-Nya dalam melakukan perkara harus ialah dengan memelihara segala tatasusila dan bersyukur atas segala nikmat-Nya. Manakala muraqabah kepada-Nya ketika ditimpa musibah ialah menerima (musibah tersebut) dengan kerelaan kepada penentuan Allah dan dengan penuh kesabaran.

Dan pada penilaianku, saudaraku pendakwah! Sesungguhnya apabila engkau bermuraqabah kepada Allah sehingga ke tahap ini dengan penuh perhatian dan penumpuan yang penuh kepada-Nya, kemudian engkau berazam untuk terus mendampingi-Nya serta engkau memberikan sepenuh ketekunan untuk tetap mendekati-Nya. Maka sesungguhnya, engkau tidak diragui lagi—sedikit demi sedikit mahu ke arah ketakwaan, berjalan engkau di jalan kerohanian dan sampai engkau ke suatu lingkungan perhentian di tingkatan para muttaqin yang dilimpahi dengan kebajikan.

3. Muhasabah
Asasnya terkandung dalam firman Allah s.w.t., dalam surah Al-Hasyr:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas dari amalan-amalannya untuk hari esok (akhirat) dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18)

Pengertian muhasabah ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat di atas, iaitu seseorang mukmin kembali menghisab (menghitung) dirinya setelah mengerjakan amal. Apakah tujuan dan matlamatnya dalam ia beramal itu. Adakah semata-mata kerana Allah? Ataupun apakah amal tersebut diresapi oleh keriakan? Atau apakah ia ada melakukan sebarang perkara yang ditegah Allah (dosa) di kelapangan siangnya? Dan apakah ia telah menunaikan segala hak-hak Allah ke atas nya juga hak-hak manusia?

Ketahuilah saudaraku pendakwah! Adalah sepatutnya bagi seorang mukmin untuk mengadakan baginya satu waktu yang khusus dipermulaan siangnya di mana di waktu tersebut ia berjanji pada dirinya sendiri untuk memperbetulkan niatnya, berterusan di setiap waktu dalam ketaatan, menunaikan segala kewajipan seterusnya membebaskan diri dari riak. Demikian juga adalah patut baginya untuk mengadakan satu waktu di akhir harinya di mana di waktu tersebut beliau mengasingkan dirinya. Beliau menghisab keseluruhan amalannya. Dalam pada itu sekiranya didapati dalam amalannya kebaikan, beliau terus memuji Allah kerana menunjukinya
jalan yang betul serta mentaufikinya. Beliau di ketika tersebut memohon kepada Allah menetapkan hatinya untuk terus melakukan ketaatan dan meningkatkan amalannya. Sebaliknya jika beliau mendapati amalannya tidak menepati seperti yang di atas, (maka ia bertaubat kepada Allah, menyesali serta memohon keampunannya dan berjanji tidak akan mengulanginya. Beliau juga bermohon kepada Allah agar memeliharanya daripada melakukan dosa serta mengakhiri kehidupannya dengan ‘husnul khatimah’ (kesudahan yang baik)

Semoga Allah meredai baginda Umar Al-Faruq ketika baginda menyatakan: 
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang Maha Besar.”

Allah berfirman:
“Pada hari (amalan) kamu dibentangkan dan tidak disembunyikan dari kamu.”6 (Al-Haqqah: 18)

Hakikat muhasabah: Perbandingannya adalah sebagaimana adatnya seseorang peniaga yang beriman meneliti modalnya, keuntungannya serta kerugiannya untuk ia mengetahui sejauh mana pertambahan (keuntungannya) serta kekurangannya (kerugiannya). Maka modalnya ialah: Islam serta apa yang terkandung di dalamnya sama ada berupa perintah atau larangan juga segala kewajipan berserta hukum-hukum.

Keuntungan pula ialah: dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan.

Manakala kerugian pula ialah dengan melakukan dosa dan maksiat.

Dalam pada itu ketika mana seorang mukmin mengamati segala modalnya, menilai keuntungan dan kerugian, seterusnya bertaubat kepada Allah terhadap segala kesilapan yang dilakukannya serta mengusahakan segala perbuatan yang dilakukannya adalah berupa kebaikan. Tergolonglah
beliau ke dalam mereka yang menghisab diri mereka sebelum mereka dihisab, menimbangi diri mereka sebelum mereka ditimbang. Seterusnya mengamati apa yang disediakan oleh mereka untuk hari esok (akhirat).

Dan pada penilaianku, saudaraku pendakwah! Apabila engkau sentiasa menghisab diri engkau di atas amalan-amalan yang engkau kerjakan sama ada kecil atau besar serta mengikat satu keazaman untuk mengadakan bagi diri engkau, satu waktu di akhir hari di mana di ketika tersebut engkau bersendirian bersama tuhanmu dan merenungi apa yang disediakan untuk
hari yang akan datang. Maka sesungguhnya engkau tidak diragui lagi — sedikit demi sedikit maju ke arah ketakwaan, berjalan engkau di jalan kerohanian dan sampai engkau di suatu lingkungan perhentian di tingkatan para muttaqin yang dilimpahi dengan kebajikan.

4. Mu'aqabah (deraan)

Asasnya terkandung dalam firman Allah dalam surah A1-Baqarah:
“Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 179)

Definisi mu’aqabah (deraan) sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat di atas, seseorang mukmin apabila ia meneliti dan menghisab dirinya, lalu ia mendapati kekurangan pada amalannya atau ia telah melakukan dosa adalah tidak sepatutnya beliau mengenepikannya begitu sahaja apa yang telah dilakukannya. ini kerana dengan sifat menganggap mudah terhadap dosa yang dilakukannya akan rnendorongnya untuk kembali melakukan dosa serta menyukarkannya untuk meninggalkan kemaksiatan. Bahkan sepatutnyalah beliau mengenakan satu hukuman (deraan) ke atas dirinya dengan deraan yang diharuskan sebagaimana beliau mendera keluarga dan anak-anaknya. Dalam konteks ini, deraan ini bertindak sebagai penghalang kepadanya untuk melakukan dosa, seterusnya membawa kepada ketakwaan dan ke suatu kehidupan yang penuh dengan kelebihan dan kesejahteraan. 

Ketika mana kita menyatakan: “Sudah sepatutnyalah beliau mengenakan satu hukuman ke atas dirinya dengan deraan yang diharuskan”, kenyataan ini ialah untuk mengelakkan serta berhati-hati melakukan deraan yang diharamkan seperti mendera dirinya dengan mengazabkan satu anggota badannya dengan menggunakan api, atau beliau mandi junub di satu lapangan yang terbuka di hari yang bersangatan sejuknya, atau beliau menghalang dirinya dari makan dan minum dalam bentuk yang boleh memberikan kemudaratan kepada dirinya. Deraan seperti yang disebutkan di atas atau menyamainya adalah merupakan tegahan syarak yang mana terkandung dalam pernyataan firman Allah dalam surah Al-Baqarah:
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)

serta apa yang difahami dari firman Allah:
“Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, sesungguhnya Allah adalah amat mengasihi kamu.” (An-Nisa’: 21)

Para salafus salih (Allah meredai mereka) telah memberikan contoh teladan betapa perilaku mereka dalam ketakwaan dan muhasabah mereka, serta kelaziman mereka mengenakan deraan ke atas diri mereka dengan deraan-deraan yang tertentu apabila berlaku perlanggaran dan keazaman mereka untuk melakukan ketaatan, sekiranya ada berlaku mereka mempermudahkan ketaatan tersebut. Kami tidak keberatan untuk mengutarakan beberapa contoh teladan.

Diriwayatkan dari baginda Umar Al-Faruq:
Pada suatu ketika baginda telah keluar ke kebunnya dan sekembalinya (daripada kebunnya) didapati orang ramai telah sembahyang asar lantas baginda berkata: “Sesungguhnya aku telah ke kebunku dan sekembalinya aku dari sana, aku dapati orang ramai telah sembahyang asar! Kebunku itu adalah merupakan sedekah untuk orang-orang miskin.” Berkata Al-Laith:
“Ini adalah kerana baginda telah luput sembahyang asar berjemaah.”

Juga diriwayatkan daripada baginda: Bahawa baginda telah disibukkan oleh suatu urusan di waktu maghrib sehingga keluar dia biji bintang, manakala selesai baginda bersembahyang, baginda memerdekakan dua orang hamba.8

Diriwayatkan dari sahabat yang mulia “Abu Talhah”: “Bahawasanya sedang ia sembahyang, hinggap berhampirannya seekor burung jambul (seperti burung layang-layang) lalu ia lalai dari sembahyangnya kerana asyik melihat burung tersebut sehingga beliau lupa bilangan rakaat sembahyangnya, lalu beliau menyedekahkan kebunnya sebagai hukuman ke atas kealpaannya dan kelalaiannya dari khusyu’.

Dan dari apa yang diriwayatkan oleh para perawi: Bahawa Tamim Ad-Dari r.a., telah tidur pada suatu malam dan beliau tidak bertahajjud pada malam tersebut sehingga masuk waktu subuh dan sebagai hukuman atas kealpaannya ini beliau melazimkan (mewajibkan) dirinya untuk tidak tidur selama setahun dan beliau beribadat pada malam malam tersebut.

Suatu hari Hassan bin Sanan berjalan di hadapan sebuah rumah yang telah dibina lalu beliau berkata: “Bilakah rumah ini didirikan?” Kemudiannya beliau kembali menempelak dirinya dengan berkata: “Engkau telah menanyakan sesuatu yang tidak ada sangkutan dengan engkau! Akan aku derai engkau dengan berpuasa selama setahun.” Lalu beliau berpuasa sebagai balasan ke atas dirinya kerana menanyakan sesuatu yang tidak bersangkutan dengannya!”

Bukanlah merupakan satu bebanan bagi seorang pendakwah untuk bergerak mencontohi jalan para salafus salih dalam mereka memuhasabahkan diri mereka serta menderanya apabila didapatinya mengabaikan sebarang tanggungjawab serta kewajipan-kewajipannya terhadap Allah dan hamba-Nya, seperti mereka menghukum din mereka dengan bersedekah mengikut kadar tertentu apabila berlaku kecuaian misalnya dalam sembahyang berjamaah, atau menghukum diri mereka dengan berpuasa pada hari tertentu apabila malas untuk sembahyang tahajjud, atau menghukum diri mereka dengan mengerjakan sebilangan rakaat sembahyang sunat apabila berlaku kecuaian dalam menziarahi sahabatnya yang ikhlas.

Pada penilaianku sesungguhnya apabila seseorang pendakwah menghukum diri mereka apabila berlaku sebarang kecuaian sepertimana deraan-deraan di atas, maka sesungguhnya tidak diragui lagi bahawa beliau sedikit demi sedikit dengan pantasnya maju ke arah ketakwaan dan mempercepatkan perjalanannya di jalan kerohanian. Tanpa diragui lagi untuknya sampai di lingkungan tingkatan para muttaqin yang dilimpahi dengan kebajikan.

5. Mujahadah

Petikan dari buku "Menuju Ketakwaan" tulisan Abdullah Nasih Ulwan. No 2 dan seterusnya insya Allah menyusul

p/s: nak post sikit-sikit, tapi takut tak terhabis pulak. jadi saya post ja la setakat mana yang termampu...

Das Gebäude des Islam - Budi

Kali pertama jumpa penyanyi ni. Sedap juga lagu dia. Cuma saya kurang sikit layan lagu rancak-rancak ni. Mungkin lepas ni boleh jatuh cinta. Hehe



A nasheed by Budi. clip uploaded by mariamlelue

Himpunan Zikir


Himpunan Zikir


Playlist by mH63Vo

Sabtu, 20 Disember 2008

ILuvIslam.com Server Problem

iluvislam.com is not working. lately it's the problem. maybe the server is getting crowded (being me not so knowledgeable in this). it has happened before and then the site was fixed and evereything went fine until this time.

there are approx. more than 50, maybe almost 100 new members a day. so, the site is growing really fast. we need a better server. (once more being me not knowing so much about web hosting). I don't want to see this site die. If this is not getting serious attentions by the host, then i'm afraid it will lose aome attractions. so, please, fix this.

I suggest that we make it serious, that webmasters get paid for what he/they did. at least we pay for the time he/they spent, not for him to make profit. then that way he/they will have a proper job, and the site will get a proper maintainance. where do we get the money? lets start a business... we have members from all over the world, then we supply something to somebody or industries. that's my idea. and the people, we get paid too, but most of the profit goes to ILuvIslam. no, we don't need to live in luxury. we work for Islam. so, who's in?

salam

Khamis, 18 Disember 2008

Cita-citaku, Menuju Wawasan



clip by panterianz



clip by zakj27

Isnin, 15 Disember 2008

Menuju Ketakwaan oleh Abdullah Nasih Ulwan



Cuba lah baca buku ni. Bagus. Kawan bagi softcopy. Tapi best lagi hardcopy, jadi printlah...

Sedutan:
"Ketakwaan sebagaimana takrifan sebahagian para ulamak ialah - "Bahawa Allah tidak melihat engkau ketika mana ia menegah engkau dan bahawa Allah tidak mengurangi (merugikan) engkau ketika mana ia memerintahkan""

Persoalannya sekarang, mahukah kita menjadi seorang hamba yang bertakwa? Kita takut hidup sebagai hamba yang bertakwa tak seronok. Dah kita takut, macam mana kita nak berdoa kat Allah jadikan kita hamba yang bertakwa. Kenapa kita takut? Nanti tak ada lah kita buat lagi perkara-perkara yang menyeronokkan lagi, betul tak? Contohnya mengumpat, bergelak ketawa, main game, tengok video, dengar lagu yang mengasyikkan. 

Bagi saya tak perlu bandingkan tahap ketakwaan seseorang tu, yang penting kita ada kemahuan menjadi lebih baik, salah satunya menjadi lebih bertakwa. Jadi tak timbul soal takut nak berubah. Janji kepada diri kita sendiri, kita mahu menjadi lebih baik, bukan menjadi baik. Dari mana nak dapat mahu tu? Itu persoalan yang diri sendiri boleh jawab. Bagi saya dengan mencintai Allah. Nak mencintai Allah itu pun kita sendiri kena usahakan. 

Persoalannya mahukah kita mencintai Allah? Kita takut cinta Allah menyaingi cinta kita kepada dunia ni. Kepada perkara-perkara yang menyeronokkan tu. Kita takut cinta Allah tak menyeronokkan. Betul tak? Jadi jawablah kepada diri sendiri, sejauh manakah kita merasa diri kita sangat kerdil di hadapan Allah...

Tidak, saya bukan bercakap dengan orang kebanyakan, saya bercakap dengan bakal pemandu-pemandu ummat, di saat Islam kembali ke dalam masyarakat.Ya, engkaulah orangnnya

p/s: Jadilah lebih baik, tak usah menjadi baik.

Berusaha

Sedang berusaha mencari jawapan kepada persoalan langkah-langkah ke arah perkahwinan. Ingin menjelaskan yang kabur. Hasil dari pembacaan setakat ni, agak menarik juga. tak pernah kuketahui sebelum ni. Selalu terhijab oleh adat yang bila kita nak ikut sangat sampai tersisih agama.
Doakan...

Ahad, 14 Disember 2008

Final Semester Exam



wallpaper dari senikehidupan.com

Berkorban Apa Saja - The Zikr, Cinta Agung - Qathrunnada


Clip by AbuDarwisy



Clip by hafizimohd

Sabtu, 13 Disember 2008

Sesungguhnya - Raihan

Seorang sahabat di iluvislam.com beri lagu ni. Terima kasih. Sekarang baru dapat ku hayati maksudnya.


video dari youtube oleh OfficialRaihanGroup

Ini liriknya:
Sebenarnya... Hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya... Diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya... walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya... walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya...walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya.. walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati
PadaMu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga kutahu syukurku adalah milikMu

Tergolek

Jatuh basikal tergolek tadi. Bawa basikal laju-laju kat salji, itulah padahnya. Ironinya, saya nak brek untuk perlahankna basikal, tengok-tengok itulah penyebabnya. Tayar depan basikal terpusing dan saya hilang kawalan. Tergolek-golek lah saya di tengah-tengah jalan tu. 


Spek bengkok, anggota badan bahagian kanan sakit-sakit. Kepala pun rasa macam terhentak sikit. wallahu'alam. Kifarah agaknya. Dah banyak lupakanNya. Kehidupan seharian yang sibuk mengambil masa saya untuk mencariNya. Kurang membaca baru-baur ni, solat pun sudah jadi berterabur, senang-senang ja dilambat-lambatkan. 

Begitulah bila hati jauh daripadaNya... 

Nak tidur dulu... 

Sengsara Membawa Nikmat


Sengsara Membawa Nikmat
www.iluvislam.com
faza4peace
Editor: deynarashid

Tidak adil

Manusia selalu tidak adil. Dia lebih selalu takut dengan keadaan yang serba pahit, sedih & kecewa. Tetapi dia tidak pernah sedih dengan kesenangan, populariti & kejayaan yang diraihnya. Apalagi jika manusia yang tidak pernah bahagia ketika mendapat kesedihan.

Allah Azza wa Jalla berfirman: 

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan.(Al-Anbiya:35)


Manusia yang cerdik & bijak adalah manusia yang mampu menafsirkan keadaan sulit & pahit, menjadi suatu proses kematangan menuju kebahagiaan. Tidak ada manusia yang berjaya tanpa halangan. Sebaliknya, manusia kerdil & jumud adalah manusia yang gelisah dengan adanya halangan, kepahitan & kegagalan. Allah Azza wa Jalla berfirman lagi:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar(Al-Baqarah:155)

Dua jenis manusia


Ingatlah saudaraku semua, ada 2 kelompok manusia dalam hal mereka menghadapi kegagalan:

1. Manusia yang selalu tersenyum dalam keadaan apa pun, termasuk ketika dihinggapi kegagalan. Kerana menangis, meratap, apalagi melempiaskan dengan cara merosak tidak akan menciptakan keberhasilan, kecuali hanya akan melipat gandakan kesedihan yang sudah terjadi.

Allah Azza wa Jalla berfirman:
 
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu".(Al-Fushilat:30)

2. Manusia yang dalam menghadapi kegagalan akan sangat reaktif, emosional, seakan-akan dunia sudah kiamat saat itu juga. Dia merasa jika kegagalan tidak segera dipamerkan dengan kekesalan, amukan atau makian, maka selamanya dia akan merasa menyesal seperti tiada harapan lagi di esok hari.

Allah Azza wa Jalla berfirman:


وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?(Al-Munafiqun:4)

Kemampuan


Berbahagialah ketika selama hidupnya manusia selalu dihadapkan dengan halangan. Kerana, janji Tuhan, Dia tidak akan memberikan kesulitan di luar batas kemampuan manusia itu sendiri. Kesulitan hidup, pahitnya hidup sepatutnya menjadi sarana menuju martabat yang lebih tinggi. Hanya dengan "mendaki" lebih tinggi dan lebih tinggi lagilah, manusia akan mampu memahami hakikat kehidupan yang luas ini.smiley-laughing

Allah Azza wa Jalla berfirman lagi:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (QS; Al-Baqarah:286) 


Dua Jalan

Nah, sekarang sudah terbentang 2 jalan di hadapan kita. Jalan manakah yang menuju kembali kepada-Nya dan jalan manakah yang akan membawa kita jauh dari-Nya? Ia adalah pilihan kita.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.(QS ;Asy-Syams:8-10)

Optimislah!!

waAllahua'lam..
 

-diubah suai dari mukaddimah buku Optimislah by Amru Khalid

diambil dari iluvislam.com

Isnin, 8 Disember 2008

Akhlak Al-Islami



Gambar dari Halaqah-Online.com

Ahad, 7 Disember 2008

Belajar Erti Redho dan Sabar

Belajar Erti Redho dan Sabar
www.iLuvislam.com
fitrah-hanan
editor : kasihsayang




Rasanya macam sukar nak menulis kembali. Mungkin banyak peristiwa duka yang berlaku sepanjang Akhir bulan Mei dan Awal bulan Jun dan ini adalah hari-hari yang terlalu sukar untuk saya. Hari-hari yang penuh dengan ujian dan dugaan.Bayangkan sepanjang hari – hari yang saya lalui terlalui sedih untuk dikenang. Ibaratnya dugaan saya selama ini adalah saya sedang membina sebuah istana pasir yang cukup cantik di tepi pantai. Saya jaga istana pasir itu, saya bina ia mengikut kehendak alam, dengan penuh berhati-hati agar tidak merosakkan mana-mana bahagian yang telah lengkap. Saya mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari membina istana itu tanpa tidak pernah menyangka ia akan musnah akhirnya kerana ia dibina di tepi pantai. Fenomena itu sememangnya saya tahu. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ombak hidup mengikut aturan sang Pencipta. Akhirnya istana pasir yang saya bina musnah jua dipukul ombak besar. Saya ingin menangis kerana istana pasir itu telah musnah kerana penat lelah saya membina dan menjaganya selama ini. Masakan usaha berhari-hari saya musnah dalam masa tidak lebih seminit. Sekelip mata. Begitulah ibarat peristiwa yang saya lalui. 

Ujian itulah kehidupan

Allah ingin menguji saya lagi. Saya demam dan selsema. Bukan sehari dua malah hamper 12 hari dan hari ini baru saya rasa demam saya berkurangan. Ditambah pula dalam tempoh demam itu saya kena buat ujian memandu untuk dapatkan lessen kereta. Aduhai, terasa amat perit hari yang saya lalui itu. (Bukan mengeluh, tapi ekspresi rasa saya). Mungkin jua saya terlampau terkejut. Kata nenek saya ‘sabarlah, Allah baru mencubit sedikit sahaja paha kita, kita telah mengeluh panjang dan bising-bising.’ Kata-kata nenek saya betul. Tapi saya bukan mengeluh bukan tak redho, Cuma saya rasa ingin mengadu sangat-sangat kepada Allah. Kata Abusaif, kehidupan kita ini tidak dapat lari dari ujian-ujian Allah kerana ujian itulah sebenarnya kehidupan kita. Ya saya akui. Redho itu perit, Tapi Imbalannya Manis… Beberapa hari ini saya cuba mencari kekuatan diri saya untuk menerima apa yang berlaku dalam hidup saya. Saya cuba belajar erti redho. Betul, redho tidak semudah yang kita sebut-sebutkan. Redho itu perit, tapi imbalannya manis. Begitulah pesan kakak saya. Hari ini tarbiyyah tak langsung yang berguna untuk saya daripada Allah adalah saya belajar erti redho. Kata orang sabar itu adalah yang paling mulia, tapi redho itu paling tinggi selain bersyukur menerima ujian kerana antar sabar dan redho, redho itu kita perlu ikhlas menerima setiap ketentuan. Bayangkan jika anda menerima ujian yang terlalu berat, kita akan tahu apa bezanya redho dan sabar. Ia memang berbeza. 

Dulu seorang sahabat saya bertanya, bagaimana mahu menjadi seorang yang redho? Waktu itu saya hanya diam tanpa memberi apa-apa respon kerana sememangnya saya tidak tahu. Hari ini, setelah saya melalui episode yang sukar dalam hidup saya, saya punyai jawapannya. 

Pertama jangan terlalu mengikut perasaan dan sentiasa berfikiran positif, maka dengannya kita akan ikhlas dengan ketentuan Allah. 

Kedua yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar. Alhamdulillah hari ini saya belajar. 

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’ 

Kembalilah kepada Allah


Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada ujian Allah. Kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. Saya telah menemui ramai orang yang diuji hamper sama seperti saya. Andai diikutkan nafsu dan emosi, pasti saya tidak ubah seperti orang-orang yang mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah seperti mengurung diri, merayau-rayau dan sebagainya. Nauzubillah. Alhamdulillah episod duka saya lalui itu dengan penuh terarah. Saya masih ada tempat mengadu kepada Allah sekalipun pada masa yang sama ada mulut-mulut manusia yang tidak lepas daripada membicarakan tentang manusia-manusia lain.

‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2) 

Apa yang penting, kita kembalilah kepada Allah. Saya ingin ulangi kata-kata nenek saya, Allah baru sahaja mencvubit kita sedikit jika hendak dibanduingkan dengan nikmat kurniaanNya yang melangit luas. Kita jangan cepat melatah dan merasa cemas dengan ujian yang menimpa. Disinilah kebergantungan kita kepada Allah sangat diperlukan. 

Al-Mutanabbi berkata, ‘Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut akan beruban dan menjadi amat tua.’ Jangan membiarkan ujian itu menjadikan kita cepat tua =). 

Kata William Mark Gaugil dalam pidato ilmiahnya di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika, ‘Perasaan tidak bahagia seperti takut dan cemas sangat mungkin memberi kesan kepada penyebaran kalisium di dalam tubuh dan selanjutnya akan mengakibatkan kerosakan pada gigi’ 

Patutlah sepanjang saya sedih, saya selalu sakit gigi. Mungkin ini kesan sedih dari sudut kesihatan. Apapun belajarlah untuk redho kerana apabila kita redho, kita sememangnya kembali kepada Allah dan insyaAllah hati kita akan bahagia. 

Wasiat Luqman Alhakim 

‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’ 

Binalah Istana untuk didiami

Syukur, terlalu banyak pelajaran saya Allah berikan untuk saya daripada ujian ini. 

Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”

Keduanya, saya tidak mahu membina istana pasir lagi. Saya ingin membina istana untuk saya diami. Kali ini, saya perlu berhati-hati. 

Ketiga, biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia. 

Akhirnya saya belajar erti sabar dan redho. Amin.

 


Diambil dari iluvislam.com

Rabu, 3 Disember 2008

Sudahkah Kamu Mengenal Allah?

Apa yang nak dicoretkan kat sini, hanyalah pandangan peribadiku. Jadi, harap dapat ditegur jika ada salah dan silap

Pernah tak kalian rasa malas sangat nak solat? Lalu kalian punlambat-lambatkan solat, tunggu sampai dekat nak akhir waktu baru nak nak solat. lepas tu bila masuk waktu yang baru, bukannya nak tunaikan cepat-cepat solat tu. Pernah tanya tak kenapa? Bagi saya, imanlah jawabnya. Ketika itu, iman kita rendah, tak terasa kita ni hamba, tidak terasa itu suruhan Allah. 

tidak, saya tak bersetuju kalau kalian katakan kita kena biasakan tunaikan solat di awal waktu, baru nanti senang. tak setuju. kenapa? saya pernah praktikkan. memang kita boleh buat. tapi kesannya kita kurang istiqamah (paling tidak diri ni la). bagi saya solat itu bermakna cinta. kita "kena" cintakan Allah, barulah solat tu senang ditunaikan. tak perlu dipaksa pun. kita tergerak sendiri, macam orang panggil makan dan kita terus pergi tanpa banyak songeh lagi. 

"kena" cinta di sini, kita cakap cara lain lah. bukan tujuan kita mencintai Allah tu, supaya solat kita tak terabai. tapi kita pusing balik. kita solat kerana kita cintakan Allah. terjaga atau tidak solat kita tu, itu ukuran kecintaan kita kepada Allah. Ibadat itu cinta. Saya terbaca sebuah artikel di iluvislam.com. saya bersetuju dengannya. kita beribadat kerana cinta kita kepada Allah. bila kita tak ada cinta, barulah kita beribadat kerana takut kepada Allah. 

dalam perhubungan seharian kita sesama manusia pun macam tu. kita buat sesuatu tu kerana cinta. kalau tak ada cinta, kita buat kerana takut. maka sudahkan kita mencintai Allah?

Jalan mencintai Allah, yang saya nampak, langkah pertama adalah kenal Allah. Tak kenal maka tak cinta. Kita kenalkah akan Allah, Tuhan kita tu? Bila orang tanya, siapakah Allah, bolehkah kalian jawab dengan membenarkan apa yang kalian cakap? Allah Maha Besar. Adakah kita memujinya bila kita terlihat keindahan alam ciptaanNya? Kita terasa atau tak alam ini indah? Badan manusia ni, Allah cipta sempurna, adakah kita puji Dia? Kalau pun bukan setiap masa, paling kurang sekali pernah terlintas ikhlas di hati kita, syukur kita dijadikan sempurna. 



Membenarkan apa yang kita cakap tu, tak ramai orang boleh buat. Saya sendiri sikit sekali. Kalau hari ni rasa kerdil, esok tak lagi. Tapi, betullah orang kata, menulis, mengajak orang berbuat baik ni, membangkitkan mahu dalam diri kita sendiri untuk buat apa yang kita cakap. Saya nak orang cakap kat saya. tapi tak ada, saya cakap at oranglah. 

Tak kenal, maka tak cinta...
Jadi, kenallah Allah...

Sesiapa ada bahan bacaan mengenal Allah, harap boleh dikongsi. salam

Muhammad Akmal bin Abdul Razak

Tajdid Iman

http://www.koolpoetry.com/bismillah.gif
Seseorang yang memiliki hati pasif, diam dan tiada gerakan ibadat sebenarnya sudah mati sebelum dicabut nyawanya. Kekosongan hati timbul akibat lemahnya semangat manusia untuk bangkit dan melawan keinginan hawa nafsu. Kita perlukan semangat melupakan kesedihan, bangkit dan berjuang melawan musuh yang nyata iaitu syaitan. Tiada seorang manusia yang tetap tinggi kedudukan imannya. Ada kala dia terjatuh dan tersungkur, kemudian menyesali kelalaian dan kembali bertaubat. Ini digambarkan dalam al-Quran bermaksud:

“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” Surah Ali Imran: Ayat 135 

http://www.trevwilliams.co.uk/metips/images/cartoons/sleep.jpg


Hati menganggur, malas dan berputus asa ada ciri-ciri sebagai berikut: Berlebih-lebihan melakukan perkara mubah. Terlalu banyak berehat, santai dan mengisi kekosongan masa dengan hiburan, makanan, tidur yang panjang, bermain dan bergurau, banyak tertawa, panjang angan-angan dan semua itu berbahaya jika diteruskan dalam kegiatan seharian. 

Kehidupan serba senang tanpa cabaran dan tekanan membuat manusia lupa diri dan lemah semangat bila ditimpa susah. Berhati-hati jika terus berada dalam zon selesa. Orang mukmin hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling teruk yang menghalangnya. Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan RA yang hidup sebagai Khalifah paling berkuasa selama berpuluh-puluh tahun pernah berkata: 

“Aku memakai pakaian daripada semua jenis kain, tetapi tidak pernah menemui sehelai pakaian terbaik setanding pakaian takwa. Aku juga sudah merasai semua jenis makanan, tetapi tidak pernah menemui kelazatan seperti kelazatan sabar. Aku memiliki segala jenis kenikmatan, tetapi tiada kenikmatan mampu menandingi kenikmatan duduk mendekatkan diriku kepada Allah SWT.”

Anggota badannya menolak hidayah Allah SWT. Pernahkah anda berasakan suara hati anda menyuruh berbuat baik, melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat? Sebenarnya dalam jasad manusia ada yang mempengaruhi hati dan perasaannya, adakah ia unsur malaikat atau unsur syaitan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: 

“Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia diiringi temannya daripada bangsa jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: “Pada dirimu juga ya Rasulullah? Sabda baginda: Padaku juga begitu, tetapi Allah Taala menolongku terhadapnya sehingga ia tiada menyuruhku melainkan kebaikan saja.” (Hadis riwayat Muslim) 

http://adultcardiac.stanford.edu/images/heart.jpg


Hati yang suka menganggur menjadikan syaitan sebagai teman karibnya. Sementara hati yang aktif dan positif gerakannya dipengaruhi hidayah Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu menggerakkan kita berbuat baik. Hidayah-Nya saja menunjuk kita ke arah jalan selamat. Namun, ramai manusia menolak hidayah Allah SWT. Mereka lahir sebagai orang Islam, tetapi tidak mahu belajar agama Islam. Mereka dipilih Allah SWT sebagai hamba-Nya yang beriman, tetapi membiarkan dirinya kecundang oleh bisikan nafsu dan syaitan. Mengapa kita menolak hidayah Allah SWT yang berada di dalam hati kita? Allah Taala berfirman bermaksud: 

“Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah Al-A'raf ayat: 179). 

Biasanya masa membuat mereka bertangguh menerima hidayah Allah SWT. Sampai bila harus menunggu? Jika tulang rapuh dan mata menjadi rabun, fikiran bercelaru, mengapa menunggu kematian menjemput, padahal setiap hari hidayah Allah SWT itu turun ke hati kita. Suka bergaul dengan ahli kelab penganggur. Persekitaran mempengaruhi keperibadian kita. Jika suka duduk bersama dan mendengar perbualan ahli perniagaan berjaya atau pakar motivasi hebat, kita semestinya terpengaruh dengan kata rangsangan dan galakan untuk lebih berjaya. 

Namun, jika melepak bersama orang bermentaliti lemah dan kualiti kehidupannya juga rendah, sedikit sebanyak ada pengaruh ditinggalkan dalam karakter diri kita. Lebih baik rajin di dunia dan menganggur di akhirat selama-lamanya daripada memanjangkan angan-angan di sini, namun sengsara tiada penghujungnya di akhirat.

http://ekspress.psz.utm.my/jba/spp/bola-senyum.gif

dipetik dari iluvislam.com

Berkenalan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ahad, 30 November 2008

Oh, Allah! Guide My Heart...

Assalamualaikum.
tak tahu siapa nyanyi lagu ni. Pernah dengar, tapi tak ingat siapa. Insya Allah, may Allah guide our hearts.

Khamis, 27 November 2008

Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin

Assalamualaikum wbt.

Tak berminat sangat dengan bab-bab macam ni. Tapi tak pa lah. Mungkin ada manfaat untuk sesetengah orang. mungkin ada orang yang nak ambil pengajaran. Semoga mendapat hidayahNya. Sama-sama


Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin 
www.iLuvislam.com

Dr. Asri Zainal Abidin*

editor : kasihsayang


Minggu depan adalah minggu terakhir saya sebagai Mufti Negeri Perlis. Tulisan hari ini adalah yang kedua sebelum yang terakhir pada minggu hadapan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan sepanjang tempoh dua tahun menjadi mufti.

Namun, nampaknya saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hasrat itu kerana buat penghabisan kali di atas jawatan ini saya ingin menyentuh kerenah perkahwinan dalam negara ini. Hal ini penting terutama menjelang musim cuti sekolah kerana ramai yang akan berkahwin.

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung. 

 

Kenduri Kahwin

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

 

Kursus Kahwin

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat. 

 

Ijab Kabul

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya”seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi: Bab Iza Qala al-Khatib li al-Wali Zawwijni Fulanah, faqala qad Zauwajtuka bi Kaza wa Kaza, Jaza al-Nikah Wa In Lam Yaqul li al-Zauj Aradita au Qabilta, maksudnya: Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”,lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”.

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Ia adalah lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi yang menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

 

Rumahtangga sepatutnya Syurga Dunia!

 

 

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu Iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi mahkamah yang bernama syariah.

Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan. Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir: “Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahagiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.


* Dr. Asri Zainal Abidin merupakan mufti negeri Perlis. Artikel ini dipetik dari blog beliau, http://drmaza.com.

 

Rabu, 26 November 2008

Art of Nature



Wallpaper dari SeniKehidupan.com


Dengan pengetahuan sains sekarang ni, susah tak nak terangkan macam mana burung boleh terbang? Kita mungkin tahu, tapi jangan lupa siapa yang menetapkan peraturan sebegitu. Allah. Allah Maha Pencipta. Allah Maha Besar. Allahlah yang wajib disembah, dan hanya Allah. 

p/s: tak retilah diri ini nak mengajak kalian semua mendekatiNya, ilmu di dada sendiri pun sangat sedikit. cuma diharapkan iman di dada ini dapat terus dimantapkan. Insya Allah

Sabtu, 22 November 2008

Sifat 20 (sambungan 2)

Zikir 20 Sifatullah (Sifat Allah)
(Klip Video yang selalu main kat TV dulu-dulu)



Credit to: imamkmm


Raihan - Sifat 20 (MTV)



Credit to: Nusantaraku

Alhamdulillah boleh sambung lagi. Selamat membaca

Artikel dari iluvislam.com

ALlah itu Wujud (Ada)

ALlah itu wujud (ada). ALlah ada dengan tiada yang menjadikanNya. ALlah ada tidak kerana sesuatu yang lain.

ALlah ada bersama zatNya. ALlah tidak akan mati, tidak akan hilang. Semua orang mengakui akan adanya ALlah termasuklah orang kafir. Bezanya cuma 0rang Islam mengakui ALlah ta'ala ada. Tetapi orang kafir mengakui ALLah ada dengan mempersekutukan (mengatakan ada kuasa lain yang lebih tinggi dari ALlah atau sama denganNya), tidak beribadah kepadaNya.

Firman ALlah yang bererti : "Dan jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (Orang-prang yang syirik) siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Pasti sekali mereka akan menjawab : ALlah. (Surah az Zumar : 38)


Akal sendiri membuktikan akan adanya ALlah.

Akal yang sihat akan membenarkan sendiri akan adanya ALLah. Setiap sesuatu pasti ada yang menjadikan dan tidak terjadi dengan sendiri.
Alam yang terbentang luas, dari sebesar gajah sehingga sekecil kuman ada yang menjadikan. Takkan kerusi akan jadi dengan sendirinya? Tentulah ia mustahil.

Firman ALlah yang bererti :

Amat Suci Dia, Dialah Tuhan yang Esa lagi gagah ( Surah az Zumar:4)

Firman ALlah lagi yang bererti :

"Yang bersifat demikian ialah ALLah, Tuhan kamu yang mencipta tiap-tiap sesuatu daripada tiada kepada ada; tiada Tuan yang berhak disembah melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan daripada menyembahNya? " (Surah Ghafir: 62)

ALlah itu bersifat Qidam (Sedia)

Qidam ertinya sedia iaitu sedia dari segi zatNya yang menafikan ada permulaan bagi ada ALlah ta'ala. Sedia ALlah ta'ala bukan diukur dari segi masa (Zamani) dan bukan didahului oleh tiada.

ALlah menjadikan tiap-tiap yang ada dan tiada permulaan. Berlainan dengan makhluk yang dicipta oleh ALlah, makhluk adalah terbatas dengan masa dan ada permulaan. ALlah menjadikan makhluk daripada tiada kepada ada.

Setiap yang baharu (yang akan binasa, hancur, punah, mati) ALlah yang menjadikan. Mustahil bagi ALlah ada permulaan.

Jika ALlah tidak bersifat qidam tentulah Ia baharu, setiap yang baharu tentu ada yang menjadikannya dan membaharukannya. Oleh itu, ia adalah mustahil bagi ALlah.

Dalil dari firman ALlah dari surah al Hadid ayat 3 :

Ertinya : Dialah (ALLah) yang awal (tiada permulaan) dan Dialah (ALlah) yang akhir (tiada kesudahan).

ALlah itu Baqa' (Kekal)

Kita selalu mengimpikan apa yang ada pada diri, yang kita miliki agar dapat selalu bersama. Jika boleh dapat kekal selama-lamanya. Lalu apabila apa yang ada di dalam genggaman akhirnya hilang, terlepas, hancur binasa - kita sukar hendak menerima kenyataan. Ada yang hilang pedoman. Emosinya terganggu dan fikirannya bercelaru.

Bila kita mengenal ALlah, barulah kita sedar bahawa segala yang ada di hadapan mata kita ini akan fana' (hancur binasa, akan mati).

Baqa' ertinya kekal, sentiasa ada, tiada akhir. ALlah adalah kekal wujudnya tanpa kesudahan.
Kekal yang hakiki yang tidak akan fana' buat selama-lamanya. Dan bukan kekal ardhi seperti perkara yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan al Quran dan Hadith.

Seperti :

1. Nikmat syurga
2. azab neraka
3. jasad sekalian nabi
4. jasad orang yang mati syahid
5. ruh
6. arasy
7. kursi
8. Luh mahfuz
9. Qalam

Dalil Aqli (Akal) :

Jika ALlah tidak bersifat baqa' tentulah ALlah akan binasa (fana'. Sedangkan fana' itu sifat baharu.

Akal menerima bahawa ALlah bersifat qidam (sedia). Andainya ALlah tiada bersifat baqa' maka tentulah ALlah juga tidak bersifat qidam. Hakikat ini tidak dapat diterima oleh logik akal.

Dalil Naqli (bukti daripada al Quran dan Sunnah) :

كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ۥr04;ۚ

Ertinya : Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali zatNya (zat ALlah) : Surah al Qasas : 88

 

ALLah Tidak Sama Dengan Segala Yang Baharu (Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith)

ALlah tidaklah sama dengan segala makhlukNya bahkan dengan apa yang kita fikirkan samada dari segi sifat, zat dan perbuatan.

ALLah tidak sama dengan makhlukNya dari segi zat :

1. Zat ALlah bukan Jauhar - Benda yang halus yang boleh dibahagi seperti ruh dan angin

2. Zat ALlah bukan Jirim - Benda yang memerlukan ruang seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

3. Zat ALlah bukanlah Aradh - Iaitu sifat makhluk seperti besar dan kecil

4. Zat ALlah bukan berbentuk Juz'iyyah - Bahagian-bahagian yang membentuk sesuatu benda. Contohnya : Manusia mempunyai anggota badan seperti tangan, kaki, mata, tubuh badan yang membentuk diri mereka.

5. Zat ALlah tidak berjisim - iaitu benda nyata dan berbentuk seperti benda hidup dan benda mati.

6. Zat ALlah tidak berpihak - tidak berarah seperti hadapan, belakang, kiri dan kanan.

7. ALlah tidak bertempat - tidak memerlukan ruang tempat (jirim dan aradh)

8. Zat ALlah tidak bermasa - tidak memerlukan masa (jirim dan aradh)



Allah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu pada sifatNya :

1. Sifat ALlah ta'ala memang sudah sedia ada bersamaNya.

2. Ta'aluq sifat ALlah menyeluruh, tetapi makhlukNya adalah terbatas pada setengah-setengah perkara.

ALlah Ta'ala tidak sama dengan yang baharu(makhlukNya) pada perbuatan :

1. Perbuatan ALlah ta'ala memberi kesan, manakala perbuatan makhluk tidak memberi apa-apa kesan ia adalah sekadar usaha sahaja.

2. Perbuatan ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) apa-apa perantaraan atau alat atau sebagainya.

3. Perbuatan ALlah ta'ala tidak memerlukan pembantu.

4. ALlah ta'ala tidak mengambil faedah daripada perbuatanNya.

5. Perbuatan ALlah Ta'ala tidak sia-sia.

Dalil aqli


Sekiranya ALlah sama atau serupa dengan yang baharu, maka ALlah ta'ala juga baharu. Logik akal tidak dapat menerima hakikat ini kerana ALlah ta'ala bersifat dengan sifat qidam (sedia) dan baqa' (kekal). Oleh itu, ALlah ta'ala tetap bersifat dengan Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadith.

Dalil Naqli

Firman ALLah :

ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬
"Tiada sesuatupun yang sama (zat, sifat dan perbuatan) denganNya. (Surah As Syura :11)

 

ALlah berdiri dengan sendirinya (Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi)

ALlah ta'ala Maha Hebat, Maha Berkuasa. ALlah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) kepada zat yang lain.

ALlah tidak memerlukan kepada apapun. Hanya makhlukNya (yang bersifat baharu) memerlukan kepada ALlah.

Dalil Aqli :


Jika ALlah tidak berdiri dengan sendirinya, tentulah Ia memerlukan zat yang lain. Maka ia adalah mustahil bagi ALlah. Jika ALlah memerlukan kepada yang menjadikanNya, ini membawa erti ALlah adalah baharu. Tentulah ia tidak dapat diterima oleh akal. Maha Suci ALlah daripada perkara tersebut.

Dalil Naqli :

Firman ALlah :

وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِىُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ

Ertinya : ALlah Maha Kaya (tidak berhajat kepada yang lain) dan kamu faqir. (Surah Muhammad : 38)



dan Firman ALlah lagi :


إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (a279;٦a279wink

Ertinya : Sesungguhnya ALlah Maha Kaya (tidak berhajat apa-apa pun) daripada sekalian alam. (Surah al Ankabut: 6)

 

Wahdaniyah (Esa atau Tunggal)

ALlah ta'ala esa pada zat, sifat dan perbuatan. Hakikat ini menafikan berbilang-bilang ALlah ta'ala pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.

Keterangan yang berikut dapat dimanfaatkan untuk menolak segala kepercayaan yang membawa kepada menyekutukan ALlah ta'ala (syirik) yang menyamakan sesetengah sifat dan perbuatan manusia dengan sifat dan perbuatan ALlah ta'ala yang akhirnya membawa kepada kerosakan iman.

Huraian

ALlah Maha Esa pada zat

1. Zat ALlah ta'ala tidak tersusun secara organik sperti ada tulang, daging, darah dan sebagainya yang disebut kam muttasil pada zat.

2. Tidak ada zat yang lain sama atau serupa dengan zat ALlah ta'ala yang disebut kam munfasil pada zat.

ALlah Maha Esa pada sifat


1. Sifat ALlah ta'ala tidak berbilang pada satu-satu jenis seperti dua qudrah (dua kuasa) yang disebut kam muttasil pada sifat.

2. Tidak ada sifat yang lain sama dengan sifat ALlah ta'ala 

ALlah Maha Esa pada Perbuatan

1. Tidak ada perbuatan lain yang sama atau serupa dengan perbuatan ALlah ta'ala.

Dalil Aqli.

Jika ALLah ta'ala tidak esa, maka perbuatan ALLah juga tidak esa; iaitu ada kalanya bekerjasama dan adakalanya tidak bekerjasama. Jika bekerjasama umpamanya tuhan pertama membuat langit dan tuhan kedua membaut bumi. Maka nyatalah sifat lemah pada tuhan sebab perlu saling tolong menolong. Jika tidak bekerjasama tentu ketika itu ada tuhan berkuasa dan ada tuhan yang lemah.

Maka logik akal tidak dapat menerima tuhan yang lemah, dan jelaslah ALlah Maha Esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. Kewujudan alam ini menjadi bukti keesaan ALlah ta'ala.

Dalil Naqli

Firman ALlah :

Ertinya : Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Esa, tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (Surah al Baqarah : 163)
a279;

Ertinya : Jika ada kedua-duanya (langit dan bumi) tuhan selain ALlah, nescaya rosaklah kedua-duanya. Maha Suci ALlah, Tuhan yang mempunyai arasyh daripada apa yang mereka sifatkan. (Surah al Anbia' :22)

 

Sifat Qudrah (Berkuasa)

Qudrah ertinya berkuasa. Sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. Sifat ini memberi erti bahawa ALlah Robbul Jalil mempunyai kuasa untuk mengadakan atau meniadakan sesuatu yang mumkin (berkemungkinan) dengan berkesan, selaras dengan iradah-Nya (kehendak ALLah).

Kekuasaan ALlah memerintah dan mentadbir sekalian makhluk-Nya dengan sendirinya. ALLah berkuasa untuk menentukan dan mengubah perjalanan alam dan seluruh makhluk tanpa kecuali. Dan ALlah jualah yang menentukan dan mengubah nasib manusia.

Perbezaan di antara qudrah (kuasa) ALlah ta'ala dengan qudrah manusia.


Qudrah ALLah ta'ala

1. Qadim lagi azali (memang sudah ada pada zat ALLah ta'ala)
2. Hakiki (berkuasa mutlaq)
3. Memberi kesan dan bekas
4. Bersendiri (Tidak dikongsi dengan apa juapun)
5. Tiada batasan


Qudrah manusia

1. Baharu (akan hancur, binasa, tidak kekal)
2. Ikhtiyari (manusia hanya mampu berusaha memilih dan tetap tertakluk pada kekuasaan ALlah)
3. Tidak memberi bekas atau kesan atas apa yang dibuatnya. - contoh : perbuatan manusia makan nasi tidak akan memberi kekenyangan kecuali atas kekuasaan ALlah yang memberi kenyang.
4. Berharap pada yang lain. - contoh : Manusia memerlukan pertolongan, alat bantuan, pancaindera, dan amat bergantung kepada ALlah.
5. Ada batasan.

***

Qudrah ALlah ta'ala yang menentukan keberkesanan usaha dan ikhtiyar manusia. Walaupun manusia mempunyai daya akal dan daya tenaga dengan berbagai-bagai penciptaan. Namun daya manusia tidak dapat memastikan keberkesanannya.

Belum tentu apa yang dibuat oleh manusia berjaya, memberi kesan, dapat mengubah sesuatu.
Bahkan banyak yang dilihat adalah kegagalan dan akhirnya hancur binasa. Sekiranya berjaya ia adalah dengan izin ALlah. Ini kerana manusia adalah amat lemah. Kita kenyang kerana ALLah yang memberi kita kenyang, kita sakit dan memerlukan ubat sedangkan ubat dan apa jua tidaklah memberi kesembuhan melainkan kekuasaan ALlah yang memberi kesembuhan. Lihatlah berapa ramai yang tidak sembuh dari sakitnya. Ada manusia yang ingin mengubah wajahnya agar menjadi cantik, tetapi cantiknya itu akan pudar juga dan pasti akan hancur bila berada di dalam kubur. Sedang kecantikan itu tiada manfaat pada dirinya di alam kubur.

Manusia berusaha mencari jalan agar berumur panjang, bahkan ada juga yang tidak mahu memikirkan kematian kerana terlalu disibukkan dengan dunia. Malangnya kematian sentiasa berlaku tanpa mengira masa, kerana kekuasaan-Nya yang mencabut segala kelazatan yang ada pada diri kita.

Oleh itu, yang menentukan kejayaan hidup manusia bukanlah manusia atau alat-alat ciptaannya, tetapi ALlah ta'ala. Sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh, dengan bersungguh-sungguh kita berdoa dan bertawakal kepada ALLah ta'ala.

 

ALlah Berkehendak (Iradah)

Iradah : ertinya berkehendak, berkemahuan.

Sifat iradah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. Dengan sifat ini ALlah ta'ala menghendaki pada menentukan segala yang mumkin (sesuatu yang mungkin ada atau tiada, yang hidup atau mati) .

ALlah yang menghendaki samada telah berlaku sedang berlaku atau akan berlaku. Jelasnya iradah adalah kemahuan untuk menentukan sesuatu perkara.

Manakala Qudrah (kuasa) yang menentukan iradah (kehendak atau kemahuan) berlaku atau terjadi.

Manusia juga mempunyai kehendak (kemahuan dan keinginan), namun tidak semua kehendak tercapai. Hanya apabila kehendak itu diizinkan ALlah dengan iradah-Nya barulah kehendak manusia itu menjadi kenyataan.

Dalil naqli :


وَرَبُّكَ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُ وَيَخۡتَارُr04;ۗ

Ertinya : Dan Tuhanmu menjadikan apa yang ia mahu dan yang ia kehendaki (Surah al Qasas : 68)

 

ALlah Maha Mengetahui (Ilmu)

Ilmu ertinya mengetahui. Iaitu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala. ALlah ta'ala mengetahui dengan nyata dan terang akan tiap-tiap sesuatu. Samada yang maujud (ada) atau yang ma'dum (tiada).

ALLahu ALlah... Dialah yang mengetahui apa yang tersembunyi, yang tersirat di dalam jiwa manusia, jin dan segala makhluk-Nya. Tiada satupun yang terlepas dari pengetahuan ALlah. Tentunya jika manusia menyedari kehebatan ALlah yang Maha Mengetahui ini, makin dekat diri dengan ALlah. Semakin banyak berfikir sebelum berbuat sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kerosakan di mukabumi.

Apa yang belum ada atau yang telah ada, yang nyata atau tidak nyata, walau bagaimana halus atau besar sekalipun. Dari sekecil-kecil atom (itu yang baru diketahui manusia) bahkan lebih dari itu ALlah amat mengetahui tentangnya.

Ilmu manusia - amatlah terbatas. Kita tidak boleh berbangga dengan ilmu yang sedikit kerana ia adalah kepunyaan ALlah. Semua ilmu yang kita tahu selama ini rupa-rupanya adalah berpunca dari ALlah. Siapalah kita dibanding dengan ALlah sehingga boleh menjadi seorang yang bongkak dan takbur.

Tentulah mereka yang menyedari sifat ALlah ini akan sedar dirinya adalah terlalu kerdil dan hamba.

Firman ALlah ta'ala yang bererti :

Dan Dia (Tuhan) yang mengetahui segala sesuatu (Al Baqarah:29)

 

ALlah bersifat hayat (Hidup)

Hayat ertinya hidup. Sifat hayat adalah suatu sifat yang qadim lagi azali yang berdiri pada zat ALlah ta'ala.

ALlah hidup tanpa nyawa, nafas. Tidak juga dengan bertubuh badan dan tidak makan serta minum.

Sifat Hayat (Hidup) menjadi punca atau asas bagi sifat-sifat ALlah yang lain iaitu Qudrah, Iradah, Ilmu, Sama', Basor dan Kalam (Sifat Idrak). Tanpa Hayat maka sifat-sifat lain juga tiada.

Perbezaan hayat (hidup) ALlah ta'ala dengan hayat (hidup) manusia :

Hayat ALlah Ta'ala

1. Qadim lagi azali
2. Tiada tempoh masa (kekal)
3. Tidak bernyawa
4. Tidak bernafas
5. Tidak bertubuh badan
6. Tidak makan dan minum
7. ALlah menghidupkan makhluk yang lain

Hayat Manusia

1. Bersifat baharu (pasti hancur, musnah, mati)
2. Ada tempoh masa
3. Bernyawa
4. Bernafas
5. Bertubuh Badan
6. Makan dan Minum
7. Dihidupkan

Dalil Aqli

Jika ALlah ta'ala tidak bersifat dengan sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat. Maka tentulah tidak ada alam ini dan segala yang baharu (makhluk). Hendak mengatakan tiada alam ini adalah mustahil kerana alam ini telah ada. Maka pastilah dengan logik akal ALlah ta'ala bersifat dengan keempat-empat sifat tersebut. Kerana dengan qudrah, iradah. ilmu dan hayatnya ALlah ta'ala dapat mencipta alam ini.

Dalil Naqli


1. Dalil Sifat Qudrah (berkuasa) ALlah ta'ala :


Ertinya : Sesungguhnya ALLah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. (Surah al Baqarah :20)

2. Dalil sifat Iradah (berkehendak) Allah Ta'ala :


Ertinya : Hanyasanya Segala urusan apabila Ia (ALLah) menghendaki sesuatu, bahawa berkata Ia jadilah, maka jadilah ia. (Surah Yaasin :82)

3. Dalil Sifat Ilmu (mengetahui) ALlah ta'ala :

Ertinya : Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (surah al Hasyr : 22)

4. Dalil sifat hayat (Hidup) ALlah ta'ala :


Ertinya : ALlah, tiada Tuhan selain Dia yang tetap Hidup yang kekal selama-lamanya.
(surah al Baqarah : 255)


Ambil dari Forum

Maaf kalau ada kesilapan typo. Insya ALlah akan dibetulkan selepas habis kesemua 20 sifat Allah. Insya Allah sambungannya lepas ni :)