BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Disember 2008

Tergolek

Jatuh basikal tergolek tadi. Bawa basikal laju-laju kat salji, itulah padahnya. Ironinya, saya nak brek untuk perlahankna basikal, tengok-tengok itulah penyebabnya. Tayar depan basikal terpusing dan saya hilang kawalan. Tergolek-golek lah saya di tengah-tengah jalan tu. 


Spek bengkok, anggota badan bahagian kanan sakit-sakit. Kepala pun rasa macam terhentak sikit. wallahu'alam. Kifarah agaknya. Dah banyak lupakanNya. Kehidupan seharian yang sibuk mengambil masa saya untuk mencariNya. Kurang membaca baru-baur ni, solat pun sudah jadi berterabur, senang-senang ja dilambat-lambatkan. 

Begitulah bila hati jauh daripadaNya... 

Nak tidur dulu... 

2 ulasan:

chicky84 berkata...

tergolek?
huhu
ok ker dah?

Man berkata...

tergolek la kak chaq. sakit tulang pinggul, lutut, bahu, dengan kepala.
ni kepala baru ok. tidak pening-pening. huhu