Saya berusaha sehabis baik untuk Regelungstechnik ni. Targetku untuk dapatkan Note yang terbaik. Mahu paling kurang 3. Insya Allah. Biarlah kertas terakhir sem ni dapat saya berusaha bersungguh-sungguh.
Apa dia Regelunstechnik. Dalam Bahasa Inggerisnya Controlling. Pada tafsiran saya, Regelungstechnik ni hanya sebahagian dari Controlling, wallhu'alam. hanya tekaan saya. Subjek ni dianggap killer untuk pelajar-pelajar di sini.
Sebenarnya subjek ni banyak menggunakan Matematik dan Logik, yang kedua-duanya saya sangat mahir. Insya Allah kalau kena caranya, subjek ni senang nak skor. Tapi kerana beberapa faktor, saya agak lemah dalam subejk ni:
- Asas tak kuat (Systemtheorie)
- Kurang menghadiri kuliah
- Kurang perhatian ketika kuliah
- Kurang latihan
Seperti Matematik, subjek ni kalau buat latihan banyak senang nak skor. Tapi itu bukanlah sistem pembelajaran di sini. Latihan agak kurang berbanding di Malaysia, kalau tak pun berbanding waktu SPM dulu. Professor tak bagi banyak soalan. Salah kita jugak lah kan, tak cari alternatif lain. Wallahu'alam
Sementara tu, saya menyesal juga tak ambik Mikrotechnik hari tu. Mungkin terpengaruh dengan kawan. HAih, saya ni senang betul terpengaruh. Orang tu mungkin tka berniat nak pengaruh kita pun.
Saya leka (tepat ker?) bermain... Main, itulah yang selalu ubah mood saya nak stadi. Banyak ketawa menyebabkan fokus saya hilang. Hati oh hati. Jagalah dirimu. Sepatutnya dah boleh habiskan semua paper sem ni. Tapi tersilap langkah la pulak. Tak apa lah. Nak memaafkan diri. Semoga di masa depan tak lagi diulangi kesilapan yang sama. Saya pun dalam proses mengenal diri.
Insya Allah kejayaan boleh dicapai. Untukmu Islam

0 ulasan:
Catat Ulasan