BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 25 Februari 2009

Khusyuk dalam Solat - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


Tengah baca buku ni sekarang. Alhamdulillah, isinya best, dengan izinNya dikurniakan kefahaman.

Banyak dah jumpa setakat sekarang ni, setakat pembacaan saya sekarang ni, kalau nak khusyuk dalam solat, perkara luar solat kena jaga juga. Timbul satu persoalan: khusyuk solat tu, sebab apa kita nak? Perkara luar solat tu, hidup kita, apa tujuannya?

Bagi saya dua-dua ni saling membantu. Khusyuk solat boleh menjadi kayu pengukur kehidupan kita di luar solat. Sebaliknya kehidupan luar solat jika betul tujuannya, membawa kepada inginnya kita kepada solat yang khusyuk. Kita mahu solat menjadi pendinding kita kepada perbuatan-perbuatan maksiat dalam hidup kita. Kita mahu rasai nikmat khusyuk, kita mahu rasa berada di depan Allah, kita mahu rasa menjadi hambaNya yang kerdil, kita mahu rasa Allah Maha Besar. Itulah kurniaan Allah yang ku mahu melalui solat.

Persoalannya, mahukah kita hidup berlandaskan syariat Islam yang sebenar, hidup dengan petunjukNya? Kita takut hati tak terhibur bila kita hidup begitu. Kurang gelak ketawa, kurang buat perkara lagha yang menyeronokkan nafsu dan kurang bercakap perkara maksiat yang semua tu banyak menyumbang kepada hilangnya sifat-sifat baik dari dalam diri kita dan lebih teruk lagi menambahkan sifat-sifat jahat. Kita takut kerana tak yakin, hidup dengan Islam itu adalah nikmat, kerana tak pernah laluinya. Zaman khalifah sudah jauh terkebelakang apatah lagi zaman nabi.

Itulah sebabnya, kita harus belajar pasal sejarah, semoga timbul kemahuan, semoga kita dapat bebaskan diri daripada perkara lagha yang dah jadi kebiasaan. Insya Allah.

p/s: semoga kita dikurniakan hidayah daripadaNya. Carilah, kalau tak ada kemahuan, carilah kemahuan, belajarlah tentang Allah. Wallahu'alam

1 ulasan:

wanaNuur berkata...

kat mana nk dptkan buku ni ye ?