BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 5 Februari 2009

Cuti

Cuti semester. Masih tak ada perancangan lagi, padahal cuti dah start. Stelle untuk Diplomarbeit tak cari lagi. Ada daftar untuk dua subjek FWPF, daftar ja, tak ingat pun subjek apa tu. huhu. 

Ni laptop nak kena hantar pula. Laptop curi. Pemilik sebenar dah tuntut melalui surat. Kunci lab kena ganti sebab dah hilang. Dah dua tahun dah hilang, huhu. 

Hari tu exam Regelungstechnik susah la pulak. Buat soalan-soalan lepas dia, dia tanya soalan senang ja. Tapi kali ni soalan berbaris-baris. Wallahu'alam. Moga dipermudahkan. 

Hati oh hati. Lepas exam kenapa abaikan solat? Melambat-lambatkan. Ada kesempatan ni, bolehlah kot pergi masjid. Kena repair tayar basikal dulu. Ni dah boleh naik basikal kot, dah kurang sejuk sikit. 

Insya Allah masa cuti ni tak dipersiakan. Ya Allah, berikan ku kekuatan, berikan ku kesungguhan. Teguhkan hatiku padaMu...

0 ulasan: