BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 18 April 2009

Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden

Photobucket


Dalam buku ada diterangkan sejarah ringkas atau biografi pejuang-pejuang Islam abad moden - abad ke 20 dan 21 iaitu sejak kejatuhan pemerintahan khalifah. Teringat aku pada perbualan dengan seorang sahabat yang bertanya kepada saya pemerintahan bagaimana yang saya suka khususnya di Malaysia. Sebelum itu ada saya timbulkan persoalan mengenai khilafah kepadanya.

Pemerintahan khalifah, bagi saya ia adalah salah satu daripada syariat Islam yang perlu kita laksanakan, secara berkelompok, sebagai satu masyarakat Islam. Belum terdirinya negara Islam bermakna kita belum Islam sepenuhnya, usaha kita belum memadai.

Ini saya tujukan untuk orang yang hidupnya mengandungi perbuatan rukun Islam tapi dipenuhi dengan perbuatan lagha selain perbuatan maksiat dan juga matlamat hidup yang cenderung kepada memenuhi hawa nafsu.

Ini juga saya tujukan kepada orang yang hanya mahukan Islam tertegak di negaranya sahaja (bercampur baur dengan nasionalisme), selain itu meletakkan hampir kesemua daripada tanggungjawab tersebut ke bahu pemerintah dan pihak berkuasa.

Ini juga saya tujukan kepada orang yang melihat tertegaknya pemerintahan khalifah sebagai simbol superioriti kita ke atas umat lain sedangkan kita tidak melakukan dakwah untuk menerangkan kebenaran.

Hidup mewarisi prinsip keduniaan disulami dengan keIslaman kita menjadi umat yang keliru dengan tujuan hidup kita, tak tahu hala tuju. Akademik kita kerana keduniaan, harta kita kerana keduniaan, keluarga kita kerana keduniaan. Inilah yang saya sifatkan kita hanya belajar sejarah yang diperturunkan melalui warisan, tetapi tidak sejarah yang lebih tepat dan lebih perlu demi memastikan kita mengikuti landasan Islam yang sebenarnya.

Ibarat berjalan ke kiri dan ke kanan terhuyung-hayang tanpa kita mengetahui ke mana arah tuju kita, hujung jalan kita hanya ditentukan oleh arus semasa. Baik orang sekeliling kita, baiklah kita, jahat orang sekeliling kita, jahatlah kita. Biarpun di tengah-tengah kesesatan orang ramai terdapat seorang yang cenderung kepada kebaikan, kita masih mengikuti yang jahat tersebut.

Sebab itulah kita harus mengetahui sejarah, demi membangkitkan perasaan bahawa selama ini kita hanya mengikuti sejarah warisan keluarga kita, bangsa kita dan negara kita, tapi tidak agama kita. Memang sejarah agama kita ada terselit di antara sejarah-sejarah warisan ini, namun sangat sedikit bahagiannya.

Jadi, wahai umat Islam pelajarilah sejarah sebagai ilmu tambahan dalam kehidupan kita, usahlah terleka dengan filem-filem Hollywood yang membawa nilai-nilai yang merosakkan

Akmal-Al-Ansbakhi, Nürnberg

0 ulasan: