Sabtu, 3 Januari 2009
Surat untuk Sahabat
salam,
maaf saya tak dapat kekalkan ketenangan yang saya dapat. ada benda yang tarik balik ketenangan yang saya cuba cari tu.
untuk sekian lama, saya masih tak dapat berlaku jujur pada diri sendiri. saya selalu tak pasti jalan mana yang nak dipilih. saya masih ragu-ragu. jiwa saya kini kosong. masih tak pasti apakah yang nak dikejar dalam hidup ni.
saya sangat lonely. tak ada orang faham saya. apa yang saya nak. saya tak faham... apa yang perlu saya cari dalam hidup ni. saya tak suka saya macam ni. saya tak suka hidup kat sini. tak ada orang faham saya. bila saya salahkan diri saya, yang saya dapat tahu masalahnya ialah saya tak boleh jadi jujur kepada diri sendiri. saya selalu tipu diri saya.
saya tak tahu lah awak. saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan. cadangan awak, banyak yang saya dah lakukan. saya tak faham. saya selalu abaikanNya. saya jadi malu nak minta kepadaNya. saya tak faham. saya selalu tak boleh maafkan diri saya. tak boleh maafkan kesilapan diri saya. kerana saya tak pernah pandang kesilapan yang saya buat tu kerana kejahilan saya. tapi kerana hati saya. hati saya selalu berdalih, selalu menipu saya. hati saya tak pasti.
macam pernah saya katakan dulu, memang saya nampak saya dah tak ada harapan kalau terus di sini, dan hidup berseorangan macam ni. nampak gayanya macam kena extend lagi satu sem. adeiihhhh. saya tak mampu nak paksa diri saya untuk studi. hidup dikelilingi kelalaian, macam mana saya nak buat? tak realistik, awak tahu tak? ni apa saya nak buat ni? saya tak faham...
agak lama juga saya tak rasa down macam ni. saya cuba lawan selama ni. mmm entahlah. doa-doakanlah saya diberi keyakinan dan kekuatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan